Nadwah Ulama’ Nahdhah Jadidah (NUNJI), Parti Amanah Negara, Kuala Lumpur. 2017.
Isi Kandungan:
1. Definisi Fiqh al-Muwatonah
2.Dimensi al-Muwatonah
3. Landasan Teori Fiqh al-Muwatonah
4. al-Muwatonah Menurut al-Quran dan Sunnah
5. Diantara Hak Dan Kewajipan al-Muwatonah
6. Hak-hak al Muwatin (warganegara)
7. Kedudukan Non Muslim Dzimmy Dalam Negara Islam
8. Realiti Malaysia Dan Fiqh al Muwatonah
9. Fiqh al-Muwatonah Versi Malaysia
Ringkasan Dan Ulasan Buku:
Fiqh al-Muwatonah adalah ilmu yang membicarakan secara mendalam tentang
hak dan tanggungjawab warganegara secara adil dan saksama tanpa sebarang
diskriminasi agama, warna kulit, keturunan, bangsa dan jantina. Pendefinisian
tersebut dirumuskan dari pandangan beberapa orang ilmuwan melalui kitab-kitab
karangan mereka berkaitan negara dan politik, hukum-hukumnya berdasarkan fiqh
Islam.
Konsep al- Muwatonah yang dikenali dalam bahasa kita sebagai kenegaraan
atau citizenship dalam Bahasa Inggeris adalah konsep asas dalam perlembagaan,
undang-undang dan sosial sebuah negara moden. Namun bagi Barat democratic
citizenship adalah satu penyelesaian kepada krisi puak, kaum atau agama iaitu
bagi merealisasikan persamaan hak kebebasan berfikir. Walaupun istilah
citizenship adalah hasil cedukan pemikiran liberal barat, ia bukanlah satu
istilah yang buruk atau perlu ditentang oleh Islam kerana nilai-nilai yang
al-Muwatonah di dalam Islam adalah nilai-nilai yang sama diperjuang dan
dipraktik oleh Rasulullah SAW serta era pemerintahan khulafa’ ar-Rasyidin.
Antara hak-hak al-Muwatin (warganegara) ialah:
1. Hak kebebasan beragama
2. Hak untuk hidup
3. Hak untuk mempertahankan maruah dan privasi
4. Hak Mempertahankan diri dan hak mendapatkan keadilan
5.Hak terhadap ilmu dan pendidikan
6. Hak untuk bekerja & mencari nafkah halal.
7. Hak Kebebasan bersuara
8. Hak untuk menubuhkan persatuan
9. Hak untuk terlibat dalam urusan negara
10. Hak untuk menikmati layanan yang sama sebagai warganegara.
Maka hak-hak ini adalah keperluan dan realiti
masyarakat dunia hari ini termasuk Malaysia walaupun penjajahan Eropah
menjadikan proses perkongsian universal yang ditunjangi oleh Islam sebelum itu
terganggu. Oleh itu kesediaan semua pihak untuk bersikap positif dan
menghormati kepelbagaian pandangan dan kemajmukan masyarakat bagi membentuk
keharmonian dan kesatuan ummah.
No comments:
Post a Comment