Penulis, tarikh, penerbit: Mujahid Yusof, 2016, Ilham Books, Petaling Jaya.
Ringkasan Buku:
Peperangan terhadap keganasan adalah realiti dunia hari ini walaupun pengganas bukan penghuni utama dunia Islam tetapi agama Islam
terpalit setelah sesetengah pihak menjadikan agama sebagai tapak pelancarannya.
Keganasan berlaku atas pelbagai faktor seperti penindasan, kemiskinan, dasar
baru penjajahan ataupun kegagalan demokrasi.
Buku ini cuba menerang balas terhadap terhadap anggapan dimana Islam pula yang diheret dalam kancah keganasan. Maka dalam bab awal penulis berkongsi mengenai pengalamannya merantau dalam misi kemanusiaan, penceritaan pandangan terhadap tokoh-tokoh yang ditemuinya, menghayati persekitaran konflik dan penderitaan
mangsa perang. Maka dari situ penulis cuba menganalisis konflik yang berlaku
dan juga mendapatkan pandangan dari tokoh-tokoh besar antarabangsa mengenai isu
politik di Malaysia.
Perbincangan buku ini kemudiannya ditulis dalam 5 tema atau wacana utama iaitu:
1. wacana negara barat
memuatkan isu prejudis barat terhadap Islam, Islam
pasca tragedi 9/11, asas Idealogi memerangi keganasan, krisis pertembungan
peradaban (clash of civilization), doktrinisasi islamphobia dan implikasi
islamophobia sehingga kemanusiaan dan kebebasan tercabar. Oleh itu buku ini cuba menjelaskan kepada masyarakat
agar dapat menilai secara adil kepada tafsiran keganasan yang dilihat kuasa besar
berselindung untuk melaksanakan kepentingan geo-politiknya.
2. wacana dunia Islam
membincangkan Geo-Politik Negara Islam yang mana berlakunya pertembungan
kuasa dari kelahiran negara republik baru dan juga pertembungan dalam perebutan
pengaruh sunni-syiah, ketidakstabilan
dan ilusi demokrasi disebalik Arab Spring, peperangan
sivil dan konflik berterusan antara negara arab, karektreristik kepimpinan
negara Islam yang lemah, keberagaman pemakaian dasar Islam dan juga kepelbagaian
penafsiran Islam dalam realiti bernegara. Kepelbagaian responsif negara-negara Islam tersebut terhadap keganasan menunjukkan bahawa keganasan memang wujud dan perlu
ditangani sebulat suara dan digubal pelbagai undang-undang berkaitan.
Mutakhir ini pelbagai idealogi yang lebih keras
berpotensi mempengaruhi masyarakat untuk bertindak dengan lebih agresif atau
menjustifikasi keganasan dan berubah menjadi teroris.. Motivasi atas nama
pembelaan, jihad, retorik negara Islam dan khilafah juga boleh menyumbang
kepada keganasan. Penularan idealogi ‘pengganas’ terbina atas beberapa faktor:
- Pemahaman teks al-\quran yang rigid tanpa memahami disiplin pelaksanaan dan konteks;
- Budaya menghukum dan melabel;
- Memahami hubungan Islam dan non muslim berdasarkan isu kafir semata-mata;
- Rujukan kepada teks sejarah sebagai mutlak tanpa menyesuaikan mengikut keadaan;
- Faktor-faktor itu menyebabkan kemunculan khawarij moden serta implikasi sosial dan perundangan.
4. wacana awam
Masyarakat awam dilihat keliru dalam memahami keganasan dalam manipulasi persepsi yang telah dibina oleh dunia
barat. Ramai juga dalam kalangan ulama dituduh menyokong idea keganasan. Namun demikian para ulama jugalah perlu menyemakimbangkan apa yang diselewengkan oleh barat
atau kumpulan yang mendoktrinkan ahlinya kepada keganasan iaitu mendefinisikan
semula istilah jihad yang disalahertikan.
5. wacana Islam
Islam tidak mudah dalam mensyariatkan peperangan atau
pembunuhan kerana Islam adalah agama rahmah, penyebaran ilmu dan penyebaran
Islam ialah melalui wadah asas iaitu pendidikan. Islam tidak menerima keganasan
tetapi dalam masa yang sama Islam tidak boleh menerima budaya hidup bebas tanpa
had.
Oleh itu jawapan kepada mengapa keganasan menjadi
subur dan berkembang ialah salah satunya adalah kerana usaha giat menafikan kepelbagaian dan mahu dunia
hanya tunduk kepada seorang dua manusia yang berkuasa sahaja. Keganasan
disebabkan perkara-perkara inilah yang berlaku di seluruh dunia dari zaman lampau ke
zaman kini. Selain dari faktor kemiskinan, ketidakpuasan hati lalu memberontak
kerana mahukan kebebasan dan hak. Ia tidak terjadi dalam kelompangan semata-mata, bahkan
kerana desakan faktor-faktor yang pelbagai yang perlu ditangani secara
bersama-sama dengan memahami keadaan dan bersikap optimistik terhadap nilai
kedamaian, kemanusiaan untuk kebaikan bersama.
Akhir sekali, penulis juga menggesa
keperibadian yang baik perlu ada dalam setiap muslim agak ia dapat mempengaruhi dan
berperanan terhadap apa yang berlaku antaranya:
- teguh berprinsip
- berlemah lembut, bersopan dan berhemah (mempunyai sifat rahmah)
- mejaga kemuliaan diri iaitu hubungan dengan Allah dan manusia
- beilmu dan berakal iaitu boleh membezakan antara yang hak dan yang batil, kebaikan dan keburukan.
No comments:
Post a Comment