Ringkasan Buku: Autoriti Fatwa Dan Pendapat Mufti Dalam Undang-undang di Malaysia, Karangan Mohd Kamel mat Saleh dan Mohd al-Adib Samuri. 2020, Terbitan UKM.
Buku
ini mengandungi 6 bab iaitu:
a.
Bab 1: Autoriti
Fatwa Di Malaysia
Bab ini mengandungi penjelasan mengenai bagaimana fatwa mempunyai kaitan dengan perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan. Bab ini menjelaskan bagaimana fatwa Rasulullah SAW mempunyai kaitan dengan pelaksanaan qada’ pada zaman Baginda SAW. Seterusnya menjelaskan bagaimana kaitan kedudukan fatwa dan qada’ (mahkamah) pada hari ini.
b.
Bab 2: Fatwa
Sebagai Instrumen Undang-undang di Malaysia
Bab ini mengandungi sejarah ringkas institusi fatwa di Malaysia, kedudukannya dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang negeri serta bagaimana kerjaaan negeri mempunyai kuasa untuk mewarta dan menguatkuasakan fatwa. Sehubungan itu fatwa merupakan salah satu instrumen perundangan yang boleh dijadikan hujah dari sudut perundangan syariah mahupun perundangan sivil. Ini adalah keautoritiannya sangat kuat kerana ia melibatkan pelbagai pihak dari proses menyediakan kertas fatwa, perbincangan, pengeluaran fatwa, proses pewartaan dan sebagainya.
c.
Bab 3: Kedudukan
Fatwa Dan Pendapat Mufti di Mahkamah.
Bab ini mengandungi penerangan mengenai sejarah fatwa dalam Mahkamah Inggeris di Tanah Melayu. Kemudian menjelaskan bagaimana pula perkembangan hubungan fatwa dengan mahkamah di Malaysia sehingga hari ini. Terdapat juga pihak yang mencabar fatwa di mahkamah apatah lagi pelanggaran fatwa, namun demikian fatwa sentiasa menjadi elemen perundangan yang sukar dicabar keabsahannya dari sudut undang-undang dan mufti atau fatwa juga sentiasa menjadi rujukan mahkamah dalam proses penghakiman.
d.
Bab 4: Fatwa
dan Pendapat Mufti di Mahkamah Syariah.
Bab ini mengandungi kes-kes mahkamah yang menjadikan fatwa dan pendapat mufti sebagai rujukan dan diterima dalam penghakiman. Namun terdapat juga kes-kes yang mana hakim syarie juga mempunyai kapasiti untuk berijtihad dalam kes yang dibacarakan maka beliau tidak merujuk kepada fatwa atau pendapat mufti dalam penghakiman. Fatwa terbukti digunapakai dalam sesi penghakiman dengan 5 corak rujukan yang telah dikenalpasti iaitu samada merujuk kepada fatwa negeri sendiri, fatwa negeri lain, fatwa negeri dan keputusan JKMMKI bersekali, keputusan JKMMKI ataupun fatwa yang tidak diwartakan. Oleh itu walaupun keputusan JKMMKI dan fatwa yang tidak diwartakan tidak mengikat dari segi undang-undang namun menjadi terikat dengan sendiri sekiranya hakim mememutuskan untuk ia menjadi rujukan. Maka seharusnya para peguam dapat memasukkan dalam kertas penghakiman bagi mendedahkan tentang keberadaan fatwa atau keputusan JKMMKI untuk dijadikan rujukan.
e.
Bab 5: Fatwa
dan Pendapat Mufti di Mahkamah Sivil
Bab ini mendedah kes-kes yang mana fatwa atau keputusan JKMMKI dijadikan rujukan oleh hakim sivil. Walaupun ia dijadikan hujjah dalam perbicaraan namun tidak semua menjadikannya sebagai autoriti kerana bertentangan dengan undang-undang bertulis. Namun oleh kerana fatwa adalah salah satu sumber hukum Islam maka para hakim sivil menjadikannya sebagai rujukan dalam membuat keputusan kes-kes berkaitan isu peribadi orang Islam.
f.
Bab 6: Masa
Depan Fatwa di Malaysia
Bab ini merumuskan bahawa fatwa merupakan salah satu
sumber hukum Islam bagi masyarakat awam
di Malaysia malah ia juga menjadi rujukan di mahkamah sama ada di mahkamah
sivil atau mahkamah syariah. Oleh itu fatwa dan pandangan JKMMKI tetap mejadi
rujukan berautoriti apatah lagi dengan prosesnya yang teliti dan melibatkan
pelbagai peringkat dalam proses penghasilan fatwa. Lebih-lebih lagi pada hari
ini isu semasa meliputi pelbagai kategori dari akidah hinggalah isu sains dan
teknologi. Maka fatwa, mufti dan isntititusinya kekal relevan dalam kehidupan
masyarakat kontemporari.
Ulasan: Buku ini adalah amat sesuai dibaca oleh para pelajar dan pensyarah di peringkat pengajian tinggi mahupun masyarakat Islam amnya. Namun ia sangat perlu menjadi bacaan dan rujukan oleh para pentadbir, hakim dan para peguam nagi mendapat gambaran sebenar kepentingan fatwa dalam masyarakat Malaysia.
No comments:
Post a Comment